Sunday, February 21, 2010

Mee Hoon Goreng Sempoi

Photobucket
Bahan-bahan:

sekampit/sebungkus Mee Hoon 350 gm
9 batang cili kering (direndam dalam air panas)
Ikan Bilis 2 gengam
sebiji bawang besar
2 biji bawang putih
minyak masak
garam secukup nye
5 batang sayur sawi
Air panas secukupnye

Cara penyediaan:
1. Mee Hoon direndam seketika.
2. Blender/Kisar cili kering, ikan bilis, bawang besar, bawang putih & sedikit minyak.[jgn lupa masukkan air secukupnye..sebelum mula kisar]
3. Panaskan minyak masak, dalam kuali yg sesuai saiznye
4. Tumiskan semua yg dikisar hingga masak.
5. Masukkan garam mengikut cita rasa anda.
6. Masukkan mee Hoon & dikacau.
7. Masukkan sedikit air panas. Tutup seketika.
8. Masukkan sawi yg telah dipotong kecil-kecil
9. Gaulkan seketika.
10. Jika sayur & mee hoon...sudah empuk. Bermaksud, mee hoon anda telah sedia utk dihidangkan.
* Selain dari sayur sawi, anda juga boleh menggunakan sayur lain.
SELAMAT MENCUBA.

Saturday, February 20, 2010

Photobucket
Nasi Minyak Hujan Panas
Sumber: Buku Resipi Selera Perantau
(credit to: http://resepi.mesra.net/Detailed/874.shtml)

Bahan-Bahan:
2 ½ cawan beras (dibersih dan ditoskan)
3 camca besar minyak sapi atau 50 gm mentega
4 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sm halia (dimayang)
2 ½ sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga 3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
½ cawan susu pekat
25 gm kismis
¼ cawan bawang goreng
Air anggaran 3 cawan, pewarna merah, kuning dan hijau, garam secukup rasa
Cara:
Panaskan minyak sapi, tumis bahan hingga kuning. Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masak hingga mendidih. Masukkan beras dan kacau hingga rata, perlahankan api. Bila nasi hampir masak, masukkan pewarna merah dan hijau, gaul hingga rata. Bila telah masak, bolehlah dihidangkan.
[Mine: Nasi minyak yo...k]

Ayam masak merah

Photobucket
AYAM MASAK MERAH
Sumber : Kak Noha
(credit to: http://mamafami.fotopages.com/)

Bahan-bahan :

Ayam ~ dibersihkan dan dipotong kecil
Bawang besar ~ dihiris
Halia ~ dihiris
Bawang putih ~ dihiris
Sedikit rempah briyani
Tomato puree
Garam
Gula
Air
Susu cair
Cili kering yang dikisar
Minyak

Kaedah penyediaan :

1. Ayam digoreng lembab. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan cili (mengikut kepedasan yang diingini).
3. Masukkan hirisan bawang besar, halia dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan rempah briyani.
5. Masukkan tomato puree. Kacau rata.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
7. Tuangkan air dan susu cair secukupnya.
8. Masukkan ayam dan biar masak.

Tuesday, July 28, 2009

Kacang kuda rebus


Bahan-bahan:
Kacang kuda (ikut byk mana yg disukai)
garam
lada kering
air (untuk merebus)

Cara-caranye:-
1. sila rendam kacang kuda tu semalaman.
2. masukkan dalam periuk.
3. Tambah air, sedikit garam, & lada kering (utk hilangkan bau)
4. rebus le sehingga empuk.

Jeng..jeng..jeng.. boleh le makan..

kek coklat kukus zaima

(credit to: http://pakupakis.blogsome.com/2007/07/18/kek-coklast-kukus-zaima/)

1 cawan Serbuk Koko
1 cawan Gula Castor
1 cawan Susu Cair
1 cawan minyak masak @ guna mentega, dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum @guna tepung kek
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

3 biji telur
1 sudu teh Ovalette
1 sudu kecil Esen Vanila


kukus guna acuan kecil pun sedap dan cepat!!!

Caranya:
Campurkan koko, gula, susu cair, susu pekat dan mentega cair ke dalam periuk dan masak hingga semua larut. Ketepikan dan biarkan ia sejuk.

Tepung, Baking Powder dan Soda dicampur dan diayak. Ketepikan.

Telur dipukul hingga kembang (dlm anggaran 10 minit pada high speed mixer) - jgn lupa masukkan ovalette dan esen vanila.

Campuran koko tadi digaul sebati dengan telur menggunakan whisker. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau dengan whisker sahaja. Biar semuanya bergaul sebati. Tuangkan ke dalam adunan 3/4 penuh sahaja, kerana adunan akan naik. Tutup bekas dengan aluminium foil (saya gunakan napkin - because i’m more confident with napkin….of course make sure yg bersih ya….)….utk 2 bekas kecil ini (anggaran ukuran 5 in x 4 in) saya kukus selama 45 minit sahaja dengan api yg sederhana (tidak besar atau terlalu kecil). Sejukkan kek terlebih dahulu di dalam bekas sebelum dikeluarkan.

Utk topping:-
1 tin susu pekat (boleh kurangkan ikut suka)
1 sudu teh esen vanila
1/2 cawan minyak jagung
1/3 cawan serbuk koko
Sedikit Garam

Friday, July 24, 2009

chocolate moist cake




Pulut Kuning Kukus

Salam & Hello,
Breakfast pagi ni, pulut kuning, telor rebus ngan sambal ikan bilis. Ikan kering tak sempat goreng da.. Teman kena keluar dari rumah jam 7.00 pagi to go to school.
Yg teman nak tayang kat sini hanye le si pulut kuning yg teman kukus.


Bahan-bahan
1. beras pulut(ikut byk mana yg u all nak le)
2. sedikit serbuk kunyit
3. sedikit garam
4. air (utk rendam & kukus le)

Cara-caranye,

1. Rendam pulut bersama sedikit kunyit selama 30-45 minit.
2. Sediakan kukusan
3. Ambil loyang ikut bentuk yg disukai, letakkan pulut yg telah direndam.
4. masukkan air separas ngan beras pulut. Kalau lebih sikit, pulut akan lebih lembut.
Letak sedikit garam.
5. Kukus le selama 20-30 minit.
6. Selepas 30 minit, pulut sudah sedia utk dimakan.

Cadangan hidangan,

Pulut kukus enak dimakan ngan telor rebus, sambal ikan bilis, & ikan masin...nyummy.