Showing posts with label Kacang. Show all posts
Showing posts with label Kacang. Show all posts

Tuesday, July 28, 2009

Kacang kuda rebus


Bahan-bahan:
Kacang kuda (ikut byk mana yg disukai)
garam
lada kering
air (untuk merebus)

Cara-caranye:-
1. sila rendam kacang kuda tu semalaman.
2. masukkan dalam periuk.
3. Tambah air, sedikit garam, & lada kering (utk hilangkan bau)
4. rebus le sehingga empuk.

Jeng..jeng..jeng.. boleh le makan..

Tuesday, July 21, 2009

Kacang Bersalut rempah

(credit to:http://resepi.mesra.net/Detailed/3468.shtml)
Kacang Bersalut Rempah
Kiriman: sam'e
Sumber: dari kawan punya kawan


Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah
2 biji telur
200 gram tepung pulut

2 sudu camb tepung kanji
2 bkgs masako
Garam secukup rasa
1 gelas gula kaster

Cara:
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan Masako dan garam kedalam adunan tadi. Kacang tanah terlebih cuci dan toskan.

Kemudian campur kedalam adunan tadi. Kacau dengan tepung kanji dan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati dan gorengkan dalam minyak yang penuh.

Semasa menggoreng kacang tersebut dilenyekkan agar berpisah antara satu sama lain. Goreng sehingga keperangan.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk berkelah, menonton, berbual dan sebagainya.
Tambahan:
Masako boleh didapati dipasar dalam paket kecil ( buatan Indonesia )

Saturday, July 18, 2009

Kacang bersalut gula

Kacang bersalut Gula.
Ibu teringat masa kocik-kocik dulu, bila tiba hari raya... mesti dapat rasa kacang bersalut gula ni..di rumah sepupu [(Embong Ibah + Abang Abu)..Kat palong 1].
Tu..yg cubo buek.
Ini le hasil nye;


Jom close up sikit...hehehehe


RESIPInye..sonang yo.

Bahan-bahan:
1. 1/2 kilo kacang tanah
2. 4 atau 5 sudu besar gula
3. 1/2 cawan air
3. Minyak (utk goreng kacang)

Langkah:
1. Goreng kacang tanah. Toskan minyaknye.
2. Masak 5 sudu gula bersama setengah cawan air. Agak-agak airnye kering (nampak berbuih), cepat-cepat masukkan kacang tanah yg telah digoreng. Kacau sampai sebati. Padamkan api.
3. Kikis kuali ngan sudu..utk dapatkan gula yg kering (warna putih) dalam kuali tersebut.

(Lopeh ni..ibu nak buek kacang bersalut rempah lak...) TUNGGU!!!!!