Wednesday, December 24, 2008

Nasi Tomato & Ayam masak merah

NASI TOMATO (resepi dari http://mamafami.fotopages.com/?entry=1551090)
Sumber : Kak Noha

Bahan-bahan :

Beras ~ dikosek bersih
Kiub ayam
Garam
Penumis ~ cengkih, pelaga, kulit kayu manis, bunga lawang
Bawang besar ~ dihiris
Sedikit halia ~ dihiris
Sedikit bawang putih ~ ditumbuk lumat
Tomato puree
Susu cair
Minyak untuk menumis
Sedikit mentega

Bawang goreng ~ untuk hiasan

Kaedah penyediaan :

1. Basuh beras hingga bersih. Masukkan air secukupnya. Masukkan kiub ayam dan garam dan masak seperti hendak memasak nasi putih.
2. Apabila air di dalam periuk tadi mula mendidih, di dalam periuk kecil yang lain, panaskan minyak dan mentega. Masukkan penumis.
3. Masukkan juga hirisan bawang besar dan tumis hingga wangi. Masukkan halia dan bawang putih.
4. Masukkan tomato puree secukupnya.
5. Tuangkan tumisan tomato puree ke dalam nasi yang mendidih tadi.
6. Masukkan susu cair. Kacau rata.
7. Biarkan nasi masak.
8. Apabila telah masak, taburkan bawang goreng di atasnya.

______________________________________________________

AYAM MASAK MERAH(http://mamafami.fotopages.com/?entry=1551090)
Sumber : Kak Noha

Bahan-bahan :

Ayam ~ dibersihkan dan dipotong kecil
Bawang besar ~ dihiris
Halia ~ dihiris
Bawang putih ~ dihiris
Sedikit rempah briyani
Tomato puree
Garam
Gula
Air
Susu cair
Cili kering yang dikisar
Minyak

Kaedah penyediaan :

1. Ayam digoreng lembab. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan cili (mengikut kepedasan yang diingini).
3. Masukkan hirisan bawang besar, halia dan bawang putih. Tumis hingga wangi.
4. Masukkan rempah briyani.
5. Masukkan tomato puree. Kacau rata.
6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.
7. Tuangkan air dan susu cair secukupnya.
8. Masukkan ayam dan biar masak.

No comments: