Friday, December 26, 2008

Pau Ikan Bilis

Photobucket
Pau
Hahaha...ini le pau Ikan Bilis versi ibu. Suami makan 6 ketul utk breakfast pagi ni. Itu tanda...kira OK..utk orang macam ibu yg baru saje berminat membuat kuih muih ni.
Anak ibu Farhanah mention...esok lusa boleh le jual pau lak ibu. heh.heh.heh. Cadangan yg baik..tapi, sukar nak direalitikan...terutama dari sebab kekangan masa...apatah lagi, sekolah akan dibuka tak lama lagi....

PAU
(Ibu ambil resepi ni dari mamafami fotopages....TQ..mama)
Mama cilok dari fotopage Kak Rus...halal ye kak....
PAU.....apa-apa inti pun boleh

Bahan-bahan :
500 gm tepung pau /tepung gandum (kak rus guna tepung pau Bluekey)
260 ml air kelapa / jus pandan / air (kak rus guna air kelapa)
2 sudu kecil yeast segera
50 gm shortening / minyak sayur /minyak masak (kak rus guna minyak masak Knife)
125 gm gula (kak rus guna 100 gm shj)

Cara membuatnya :

1. Didihkan air dalam kukusan
2. Adun semua bahan dgn mixer.Tutup dgn plastik mixer bowl berisi dough selama 30 minit.
3. Ketul-ketulkan adunan seberat 50 gm. Leperkan dan masukkan inti.
4. Lapikkan dgn kertas, kak rus guna paper cup utk buat biskut...leperkan paper cup tersebut.
5. Biar sekejap baru dikukus.
6. Bila masak lebih kurang 20 minit, tutupkan api dan biarkan kukusan.Jangan buka penutupnya dulu.
7. Selepas 5-10 minit baru boleh diangkat dan dihidangkan.Selamat Mencuba...
----------------------------------------
(PAU IKAN BILIS VERSI Ibu...(atas cadangan bibik sebelah rumah))

Bahan-bahan utk pau:

1 biji kentang saiz sederhana
5 g yis kering
1/3 cawan minyak masak
1/3 cawan air suam
1/4 tin susu pekat
1 sudu besar gula
1 sudu teh garam
500g tepung gandum

****Sambal Ikan bilis (Utk Isi pau)*****

Kaedah penyediaan :

1. Rebus kentang dan kemudian kisarkan dengan 1 cawan air suam.
2. Satukan yis, gula, air suam, minyak masak, susu, garam dan kentang kisar.
3. Masukkan sedikit tepung dan kacau dengan hujung jari.
4. Masukkan baki tepung, sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang lembut.
5. Ambil sedikit doh dan bulat-bulatkan. Susun di dalam dulang dan biarkan naik dua kali saiz asal.
6. Panaskan kukusan. Isikan bebola tadi dengan sambal ikan bilis dan dikukus.
7. Biarkan pau dalam kukusan...ambil bila mau dihidang/dimakan .
(* Ibu dapat 29 biji pau semua nye...)

No comments: