Wednesday, December 10, 2008

Dari RESIPI.NET


MEE REBUS MAMAK
Diolah semula oleh : Anis Adlina

Bahan-bahan
5 biji keledek merah (dibuang kulit dan direbus terlebih dahulu bersama satu camca teh garam hingga empuk)
50 gm. cili kering (direbus dahulu)
6 ulas bawang putih
24 ulas bawang merah, 8 ulas bawang putih (4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang halus untuk menumis)
1 inci halia, 2 biji telur ayam - direbus(jika suka)

Bahan-bahan cucur udang

300 gm. tepung gandum+1 camca teh bicarbonate soda
1 biji telur ayam
Air secukupnya. Minyak secukupnya untuk memasak.
Garam ikut rasa. Jika suka, masukkan sedikit kunyit.

Bahan-bahan kuah kurma

15 biji kurma (dibuang biji)
sos tomato,sos cili,cuka,kicap,garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa.
4 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih, dimayang halus

Bahan-bahan sampingan

11/2 kg. mee kuning

2 pokok daun salad(lettuce) (saya tak minat, jadi, tak gunakan)
500 gm. taugeh dibersihkan
2 pokok daun bawang
4 biji cili merah (saya takde cili merah time tu,so, saya gantikan ngan cili api)
2 biji limau nipis (pun takde. saya ganti ngan limau kasturi)
4 biji tahu (digaul dengan 1/4 camca teh garam dan digoreng dahulu)
30 ulas bawang ros (murah sikit harganya) dimayang halus dan digoreng dijadikan bawang goreng)
100 gm sotong kering (sayap atau pun janggut) direndam terlebih dahulu supaya lembut, kemudian dibasuh dan direbus hingga sotong empuk. (saya tak berapa minat sotong ni, so, saya tak letak pun)
1 biji kentang saiz sedang (direbus, kupas kulit & potong dadu besar2)

Cara-cara

1. Bersihkan sayur sayuran,cili merah/cili padi dan limau nipis/kasturi –asingkan

2. Tepung gandum diayak bersama bicarbonate soda. Masukkan air dan garam.

3. Masukkan pula telur ayam dan digaul hingga sebati. Masukkan sedikit kunyit serbuk(jika suka). Gaul hingga sebati dan masukkan pula sedikit hirisan daun bawang, digaul dan ketepikan selama 20 minit, kemudian digoreng menjadi seperti cucur udang --- asingkan. Saya dapati cucur kurang rangup bila dah sejuk. Rasa saya sebab ada telur tu....sebab resipi yang pernah saya cuba dari adik ipar saya, takde ditaruh telur. next time buat saya akan ketepikan telur tu. lagi satu, bancuhan kena cair....kalau pekat, cucur agak tebal & kurang krup2nya...

4. Ubi keledek dimesin terlebih dahulu --- asingkan.

5. Cili kering dimesin dengan bawang kecil dan bawang putih. Ambilkan lebih kurang 1/2 cawan ---- asingkan. Selebihnya, masukkan pula kurma dan halia, dan mesin lah hingga halus --- asingkan.

6. Panaskan minyak didalam kuali dan tumislah hirisan bawang merah dan putih sehingga kuning. Masukkan pula 1/2 cawan cili mesin tadi dan tumislah sehingga pecah minyak.

7. Masukkan pula ubi yang telah dimesin diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan air secukupnya, agar kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Biarkan ia mendidih, kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak.

8. Panaskan periuk atau pun kuali, masukkan minyak masak secukupnya, dan tumislah 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dimayang halus sehingga kuning dan masukkan pula lebihan cili mesin yang dimesin bersama kurma dan halia tadi serta masukkan air secukupnya.

9. Masukkan pula cuka, sos tomato dan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (jika suka, boleh juga dimasukkan hirisan 1 biji buah tomato besar kedalamnya untuk menyedapkan lagi rasanya). Masukkan juga sedikit kicap pekat dan masak lah sehingga ia pekat dan kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak ---- asingkan.

10. Ketika hendak dihidangkan, barulah dicelur mee dan taugeh, tetapi jangan terlalu lama, takut taugehnya lembik dan hilang zatnya.

11. Masukkan kedalam pinggan. Sendukkan kuah ubi tadi, tuang keatasnya, diikuti dengan cili yang telah dimasak tadi. Jika mahu menambahkan rasa, masukkan sedikit kicap cair.

12. Hiaskan dengan hirisan salad, daun bawang,cili merah,hirisan sotong kering yang direbus tadi bersama sama dengan hirisan cucur dan hirisan tahu goreng.

13. Taburkan bawang goreng dan hirisan limau nipis bagi yang mahu menambahkan masamnya (jika suka, boleh juga dihias dengan hirisan telur rebus)




MEE KUAH PEDAS
Sumber : Majalah
Kiriman & Gambar : Anis Adlina

BAHAN (A) :-

3 camB minyak masak
1 liter (lebih-kurang 4 cawan) air
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan)
150 gm keledek (direbus & dilecek/dikisar halus. kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi)
125 ml sos tomato
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)
garam & gula secukup rasa

BAHAN (B) :-

2 camB ketumbar
1 camB jintan manis
1 camB jintan putih
3 camB udang kering
40 gm ikan bilis

BAHAN (C) :-

1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 tangkai bunga kantan
3 camB tauchu
1 cm belacan

BAHAN (D) - hiasan :-

4 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
5 tangkai daun sup (dimayang)
2 biji tomato (dibelah 6 atau 8)
4 butir telur (direbus & dibelah 4)

CARA-CARA :-

1. Sangai bahan (B) dan kisar halus. Ketepikan.
2. Kisar halus bahan (C) dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.
4. Masukkan bahan (B) dan kacau hingga terbit/pecah minyak.
5. Masukkan air, keledek lecek dan sos tomato. (NOTA : kekadang keledek
tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal lagi)
6. Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan bahan (D).


KUIH KESUI
Sumber : Nurr D'Perdana
Gambar : LynnSham

Bahan

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara

1.Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
2.Panaskan kukusan letak loyang 9X9 in sapu minyak sikit kat loyang.
3.Campur semua bahab dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu bergentil sedikit ).
4.Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus la sampai masak.

Note : Kak selalu tambah choc paste or nescafe sedikit bau dia lebih sedap.

No comments: