Tuesday, July 21, 2009

Kacang Bersalut rempah

(credit to:http://resepi.mesra.net/Detailed/3468.shtml)
Kacang Bersalut Rempah
Kiriman: sam'e
Sumber: dari kawan punya kawan


Bahan-Bahan:
1 kg kacang tanah
2 biji telur
200 gram tepung pulut

2 sudu camb tepung kanji
2 bkgs masako
Garam secukup rasa
1 gelas gula kaster

Cara:
Pukul telur dan gula sehingga kembang. Kemudian masukkan Masako dan garam kedalam adunan tadi. Kacang tanah terlebih cuci dan toskan.

Kemudian campur kedalam adunan tadi. Kacau dengan tepung kanji dan tepung pulut sedikit demi sedikit sehingga semuanya sebati dan gorengkan dalam minyak yang penuh.

Semasa menggoreng kacang tersebut dilenyekkan agar berpisah antara satu sama lain. Goreng sehingga keperangan.
Cadangan Hidangan:
Sesuai untuk berkelah, menonton, berbual dan sebagainya.
Tambahan:
Masako boleh didapati dipasar dalam paket kecil ( buatan Indonesia )

1 comment:

AngelzGaban said...

salam.. brapa lama tahan kacang masako ni???