Thursday, December 18, 2008

hidangan berbuka puasa utk suamiku

Sawi putih (masak lomak putih...kegemaran suamiku)

rendang udang ala resepi mak embon (percubaan pertamaku..termasin sikit..hehehehe..)

roti telur (kegemaran anak-anak...)

pisang yg digoreng...(ini suami beli sendiri...hehehehe...)

Tuesday, December 16, 2008

Masakan ibu on Dis. 16, 2008

Sebelum
(Udang galah....)


Selepas
Ini gambar udang galah yg telah dimasak; masak lomak cili api.
(sikit lak kuah ehh..bukan apo...selalu ehh kalau byk...kono buang yo)

Friday, December 12, 2008

Kuih Gunting (untuk kudapan anak-anak) DAN KEK KUKUS dari resepi.net


KEK KUKUS GULA HANGUS
Sumber: Puan Halimah

Bahan-bahan:
1 cawan gula
1 cawan air panas
2 sudu besar mentega

1.Gula digoreng dengan api sederhana besar.
2.Bila gula dah agak cair masukkan air panas (Bab ni kena hati2 sikit tau! Nanti dia meletup-letup. Apa pun tutup api & cepat2 masukkan air panas tadi sambil standby pegang penutup kuali. Lepas tu masukkan mentega kacau sampai mentega tu cair. Ketepikan.

4 biji telur
1 cawan susu pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil esen vanila

Cara-cara:

1.Pukul telur sampai kembang & pekat.
2.Masukkan susu pekat - Mixer hingga rata
3.Masukkan tepung & soda bikarbonat yg diayak terdahulu.
4.Tuang kan esen vanila.
5.Akhir sekali, masukkan gula hangus tadi.
6.Perap adunan ini selama 3 hingga 4 jam (Bertutup) Untuk mendapatkan sarang yang cantik.
7.Dibakar selama 60 minit suhu oven 160 api bawah sahaja. Balance terakhir 11 minit tu pula api atas & bawah.

Versi maklang

1.Masukkan gula hangus dulu, dah cair masukkan butter.
2.Sementara tu maklang siapkan bahan adunan.
3.Telur tu maklang pukul dengan whisker dulu bersama susu pekat, lepas itu terus campak dalam blender.
4.Curahkan tepung sikit demi sikit dan press.
5.Lepas itu masukkan gula hangus dan press lagi sehingga adunan sebati.
6.Biarkan dalam blender bertutup selama 2 jam. Kemudian dibakar.
_______________________________________________________________

Kuih Gunting

Sumber : Zurinina

Bahan A
1 Kati Tepung Gandum

Bahan B
Daun Bawang & Saderi
Sedikit daun kari
Udang kering
Ikan bilis
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Bawang merah 3 biji
Bawang putih 1 biji

Bahan C
Santan secukupnya

Caranya

1.Kisar bahan B halus, kemudian campurkan ke dalam tepung gandum. Masukkan santan dan uli.
2.Kemudian bentukkan bulat bulat seperti lempeng dan bakar sekejap di atas api utk membolehkan kita mengunting kuih tu. Kemudian gunting.
3.Selepas digunting boleh digoreng.
4.Jika ingin pedas boleh masukkan cili boh ikut kepedasan yang diinginkan.
________________________________________________

Thursday, December 11, 2008

Mee and Bee Hoon (dari Zai Cook's ) http://zaiaziz.fotopages.com





MEE SOTO JAWA

Bahan-bahan

6 bungkus lontong ADABI yang telah dimasak
2 ekor ayam, dibelah empat
3 - 4 liter air
1 cawan santan pekat
1/2 cawan serbuk ketumbar
2 sudu teh serbuk jintan halus
2 sudu teh serbuk lada putih
3 batang serai, dititik
lengkuas sebesar ibu jari, dititik
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
garam secukup rasa
1 cawan minyak untuk menumis
(bahan dibawah dikisar halus)
3 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 inci kunyit hidup

Bahan untuk Sambal Kicap

5 batang lada merah
20 biji lada padi merah thai
2 ulas bawang putih
1/2 cawan kicap lemak manis

Bahan Hiasan
bergedil
taugeh yang telah dicelur
daun sup, dipotong halus
bawang goreng
sambal kicap
ayam, yang telah disiat-siat


Cara Menyediakan

Panaskan minyak didalam periuk. Masukkan rempah tumis (kayu manis, bunga lawang,
buah pelaga dan bunga cengkih)
bersama serai dan lengkusa yang telah dititik. Tumis rempah yang telah dikisar
sehingga naik bau.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan halus dan lada putih, gaul hingga sebati.
Masukkan santan gaul sebati dan tuangkan air dan masukkan ayam.
Masak sehingga kuahnya mendidih dan ayam masak.

Cara membuat Sambal Kicap

Kesemua bahan itu masukkan kedalam alat pengisar dan kisar halus.
Sedia untuk digunakan.

Cara menghidang

Potong lontong dadu besar dan letakkan daging ayam yang telah disiat
bersama taugeh dan tuang kuahnya. Hiaskan dengan daun sup, bawang goreng,
bergedil dan sambal kicap.


BERGEDIL DAGING KELUARGA DIANA


Bahan-bahan
1 kilo kentang, dikupas kulitnya dan dipotong bulat
300 gram daging cincang
2 biji telur, asingkan kuning dan putih
3/4 cawan bawang goreng
secekak daun sup, dicincang
2 ulas bawang putih
2 sudu teh serbuk lada putih
garam secukup rasa


Cara Menyediakan

1. Panaskan kuali dan goreng kentang yang telah dipotong bulat.
Bila sudah masak angkat dan toskan. Kemudian ditumbuk lumat.
2. Tumbuk bawang putih bersama garam dan serbuk lada putih. Kemudian tumis
dengan sedikit minyak sehingga naik bau dan masukkan daging cincang.
Masak sehingga daging bertukar warna dan airnya kering.
3. Campurkan daging yang telah digoreng tadi ke dalam kentang yang telah
ditumbuk lumat. Masukkan juga 2 biji kuning telur, bawang goreng dan daun sup.
Gaul rata adunan. Kemudian bentukkan seperti bergedil. Bentuk ikut citarasa sendiri.
4. Panaskan minyak, biar minyak betul-betul panas kalau tidak bergedil senang pecah
bila digoreng. Celup bergedil yang telah dibentukkan kedalam 2 biji putih telur
tadi dan kemudian goreng. Teknik supaya bergedil tidak pecah ialah jangan
dibalikkan bergedil sehingga ia betul-betul garing. Insyallah bergedil tidak pecah,
gorengnya pun lawa
___________________________________________________________


Bihun Goreng Singapore
Kiriman: AAJ
Sumber: Eina

Bahan-Bahan:
600 gm bihun [rendamkan lembut dan toskan]
250 gm udang segar [buangkan kulit]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
250 gm tauge
100 gm kucai

bahan tumbuk
2 s/b lada hitam
4 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih

1 batang carrot [potong halus saperti batang mancis atau parut panjang2]
3 keping tahu [gorengkan dan hiriskan nipis]
2 biji limau nipis
3 s/b minyak
daun sup dan daun bawang [racik untuk hiasan]
garam
air

Cara:
1. Panaskan minya dan tumiskan bahan tumbuk sehinggan wangi.
2. Masukan isi ayam dan kacau rata.
3. Bila nampak masak masukkan udang, garam dan air. Kacau rata.
4. Masukkan carrot dan bihun. Kacau rata sehingga sebati.
5. Bila nampak bihun lembut masukkan taugeh, tahu dan kucai.
6. Gaulkan rata sehingga nampak bihun lembut. Rasakan garam.
7. Bila menghidang, taburkan hirisan racik daun bawang dan daun sup.

Cadangan Hidangan:
Hidang dan makan panas-panas

____________________________________________________________


MEE HAILAM
Bahan-bahan
600 gm mee kuning
100 gm daging [hiris nipis]
100 gm isi ayam [hiris nipis]
100 gm udang
250 gm sawi hijau [potong kecil]
100 gm bunga kubis [hiris]
100 gm kobis [hiiris]
2 biji telur ayam
1 biji cili merah [mayang]
1 s/b lada hitam
3 s/b kicap pekat
3 s/b sos tomato
3 sudu besar minyak
1 cawan air
4 ulas bawang putih [ketuk]


bahan hias

3 batang daun sup ]
3 batang daun bawang ] potong pendek
garam [jika perlu]

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
2. Masukkan daging dan air. Biarkan sehingga lembut.
3. Bila daging dah lembut masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning . Kacau rata.
5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
6. Angkat dan masukkan dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.

Wednesday, December 10, 2008

Dari RESIPI.NET


MEE REBUS MAMAK
Diolah semula oleh : Anis Adlina

Bahan-bahan
5 biji keledek merah (dibuang kulit dan direbus terlebih dahulu bersama satu camca teh garam hingga empuk)
50 gm. cili kering (direbus dahulu)
6 ulas bawang putih
24 ulas bawang merah, 8 ulas bawang putih (4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih dimayang halus untuk menumis)
1 inci halia, 2 biji telur ayam - direbus(jika suka)

Bahan-bahan cucur udang

300 gm. tepung gandum+1 camca teh bicarbonate soda
1 biji telur ayam
Air secukupnya. Minyak secukupnya untuk memasak.
Garam ikut rasa. Jika suka, masukkan sedikit kunyit.

Bahan-bahan kuah kurma

15 biji kurma (dibuang biji)
sos tomato,sos cili,cuka,kicap,garam dan serbuk perasa serta gula secukup rasa.
4 ulas bawang merah & 2 ulas bawang putih, dimayang halus

Bahan-bahan sampingan

11/2 kg. mee kuning

2 pokok daun salad(lettuce) (saya tak minat, jadi, tak gunakan)
500 gm. taugeh dibersihkan
2 pokok daun bawang
4 biji cili merah (saya takde cili merah time tu,so, saya gantikan ngan cili api)
2 biji limau nipis (pun takde. saya ganti ngan limau kasturi)
4 biji tahu (digaul dengan 1/4 camca teh garam dan digoreng dahulu)
30 ulas bawang ros (murah sikit harganya) dimayang halus dan digoreng dijadikan bawang goreng)
100 gm sotong kering (sayap atau pun janggut) direndam terlebih dahulu supaya lembut, kemudian dibasuh dan direbus hingga sotong empuk. (saya tak berapa minat sotong ni, so, saya tak letak pun)
1 biji kentang saiz sedang (direbus, kupas kulit & potong dadu besar2)

Cara-cara

1. Bersihkan sayur sayuran,cili merah/cili padi dan limau nipis/kasturi –asingkan

2. Tepung gandum diayak bersama bicarbonate soda. Masukkan air dan garam.

3. Masukkan pula telur ayam dan digaul hingga sebati. Masukkan sedikit kunyit serbuk(jika suka). Gaul hingga sebati dan masukkan pula sedikit hirisan daun bawang, digaul dan ketepikan selama 20 minit, kemudian digoreng menjadi seperti cucur udang --- asingkan. Saya dapati cucur kurang rangup bila dah sejuk. Rasa saya sebab ada telur tu....sebab resipi yang pernah saya cuba dari adik ipar saya, takde ditaruh telur. next time buat saya akan ketepikan telur tu. lagi satu, bancuhan kena cair....kalau pekat, cucur agak tebal & kurang krup2nya...

4. Ubi keledek dimesin terlebih dahulu --- asingkan.

5. Cili kering dimesin dengan bawang kecil dan bawang putih. Ambilkan lebih kurang 1/2 cawan ---- asingkan. Selebihnya, masukkan pula kurma dan halia, dan mesin lah hingga halus --- asingkan.

6. Panaskan minyak didalam kuali dan tumislah hirisan bawang merah dan putih sehingga kuning. Masukkan pula 1/2 cawan cili mesin tadi dan tumislah sehingga pecah minyak.

7. Masukkan pula ubi yang telah dimesin diikuti dengan garam dan serbuk perasa secukup rasa. Masukkan air secukupnya, agar kuahnya tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Biarkan ia mendidih, kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak.

8. Panaskan periuk atau pun kuali, masukkan minyak masak secukupnya, dan tumislah 4 ulas bawang merah dan 2 ulas bawang putih yang telah dimayang halus sehingga kuning dan masukkan pula lebihan cili mesin yang dimesin bersama kurma dan halia tadi serta masukkan air secukupnya.

9. Masukkan pula cuka, sos tomato dan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa (jika suka, boleh juga dimasukkan hirisan 1 biji buah tomato besar kedalamnya untuk menyedapkan lagi rasanya). Masukkan juga sedikit kicap pekat dan masak lah sehingga ia pekat dan kecilkan api dan biarkan ia pecah minyak ---- asingkan.

10. Ketika hendak dihidangkan, barulah dicelur mee dan taugeh, tetapi jangan terlalu lama, takut taugehnya lembik dan hilang zatnya.

11. Masukkan kedalam pinggan. Sendukkan kuah ubi tadi, tuang keatasnya, diikuti dengan cili yang telah dimasak tadi. Jika mahu menambahkan rasa, masukkan sedikit kicap cair.

12. Hiaskan dengan hirisan salad, daun bawang,cili merah,hirisan sotong kering yang direbus tadi bersama sama dengan hirisan cucur dan hirisan tahu goreng.

13. Taburkan bawang goreng dan hirisan limau nipis bagi yang mahu menambahkan masamnya (jika suka, boleh juga dihias dengan hirisan telur rebus)




MEE KUAH PEDAS
Sumber : Majalah
Kiriman & Gambar : Anis Adlina

BAHAN (A) :-

3 camB minyak masak
1 liter (lebih-kurang 4 cawan) air
1 kg mee kuning (dicelur & ditoskan)
150 gm keledek (direbus & dilecek/dikisar halus. kalau guna keledek oren, lebih sedap lagi)
125 ml sos tomato
100 gm kacang tanah (disangai & dikisar)
garam & gula secukup rasa

BAHAN (B) :-

2 camB ketumbar
1 camB jintan manis
1 camB jintan putih
3 camB udang kering
40 gm ikan bilis

BAHAN (C) :-

1 labu bawang besar
4 labu bawang merah
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 tangkai bunga kantan
3 camB tauchu
1 cm belacan

BAHAN (D) - hiasan :-

4 biji limau kasturi (dibelah 2)
3 tangkai daun bawang (dimayang)
5 tangkai daun sup (dimayang)
2 biji tomato (dibelah 6 atau 8)
4 butir telur (direbus & dibelah 4)

CARA-CARA :-

1. Sangai bahan (B) dan kisar halus. Ketepikan.
2. Kisar halus bahan (C) dan ketepikan.
3. Panaskan minyak, tumis bahan (C) hingga wangi.
4. Masukkan bahan (B) dan kacau hingga terbit/pecah minyak.
5. Masukkan air, keledek lecek dan sos tomato. (NOTA : kekadang keledek
tu akan bergumpal, so, kuah kena dikacau sehingga keledek tak bergumpal lagi)
6. Setelah kuah pekat, masukkan kacang tanah, garam dan gula. Masak hingga mendidih, kemudian tutup api.
7. Siap untuk dihidang panas-panas bersama mee kuning dan bahan (D).


KUIH KESUI
Sumber : Nurr D'Perdana
Gambar : LynnSham

Bahan

80 g tepung beras
80 g tepung ubi/sagu
100g gula pasir
100 g gula merah /gula melaka
550 g air
1/2 camt air limau nipis/air kapur sireh.

Cara

1.Masak air dan gula bila larut tapiskan, biar sejuk sedikit.
2.Panaskan kukusan letak loyang 9X9 in sapu minyak sikit kat loyang.
3.Campur semua bahab dgn air gula tadi kacau dalam periuk hingga naik wap (hingga adunan tu bergentil sedikit ).
4.Tuang dalam loyang yang dah panas, kukus la sampai masak.

Note : Kak selalu tambah choc paste or nescafe sedikit bau dia lebih sedap.

Resipi dari Zai Cook's Nook klik http://zaiaziz.fotopages.com/



STEAMED COCONUT BLOSSOMS

Ingredients A :
3 eggs ~ from the fridge
220g castor sugar
275g Softasilk (I used cake flour)
3 teaspoons baking powder
1 teaspoon ovalette
140g coconut cream (I used fresh milk because I don't have any coconut cream)

For filling :
50g castor sugar
125g palm sugar
1 teaspoon cornflour mixed with 50g water
3 pandan leaves
225g fresh grated coconut

** For the filling, I didn't actually follow the amount given. I simply put in however much that I pleased. I add a bit of brown sugar for color as I used just a bit of palm sugar (**limited stock**).

Method :
1. For the filling : Mix all the ingredients in a pot and cook till dried.
2. Mix all the A ingredients and beat with high speed till thick and creamy.
3. Divide into a few bowls and put in the coloring.
4. Place the papercups in the muffin tray and put a bit of mixture in the cups. Then put a bit of filling and cover it with the remaining mixture.
5. Steam for 15 minutes



Banana Choc. Muffin
Sumber : yani

Bahan-bahan
• *170g tepung gandum
• *30g serbuk koko
• *130g gula
• *1 sudu kecil baking powder
• *secubit garam
• *100g coklat bar (coklat masakan) - patah2kan jadi kecil-kecil
• >2 biji telur
• >75ml minyak masak
• >100ml susu segar
• >sedikit vanila esen
• >2 biji pisang

Cara-cara
Panaskan oven sehingga 170C.
Masukkan semua bahan-bahan yang bertanda (*) ke dalam Food Processor. Kisar sehingga sekata. (If coklat tak hancur sangat pun takpe.. jadi ketul2 kecil dah ok)
Kemudian masukkan bahan yg bertanda (>) ke dalam FP. Kisar sehingga sebati.
Cedukkan ke dalam cup muffin. Bakar selama 25 minit atau sehingga masak.
Muffin dalam bentuk 'heart'. Boleh ayak gula aising ke atas muffin sebagai hiasan

Nota : maklang campurkan sekali bahan kering, gaul sebati pastu baru curahkan bhn cecair...

Tuesday, December 9, 2008

RESIPI dari SHID 2008(1)



NASI DAGING
Bahan-bahan
1 kg. daging....potong sebesar 4 inci dan rebus dgn halia sehingga lembut
6 cawan beras bathmati.... bersih dan toskan
8 cawan air rebusan daging
1 cawan susu cair
3 sudu besar minyak sapi
1 tin tomato sup [500 gm tomato cincangkan]
3 susu besar rempah kurma dibancuh dgn sedikit air
2 sudu besar kismis
5 helai daun pandan ..disimpulkan
garam & gula secukup rasa

Bahan tumis
2 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buag pelaga
2 labu bawang besar ]
3 ulas bawang putih ] mayang halus atau tumbuk
1 inci halia ]

Cara Memasak
1. Panaskan minyak sapi dalam periuk Rice Cooker
2. Tumiskan bahan tumis dan dimayangkan.
3. Masukkan rempah yang dibancuh dgn sedikit air..biarkan wangi.
4. Masukkan air rebusan daging, tomato sup , susu cair dan daging...biarkan mendideh.
5. Masukkan daun pandan, garam , gula , beras dan kismis
6. Pindahkan periuk Rice Cooker dan biarkan nasi masak saperti biasa.
7. Hidangkan bersama Dalca Sayuran dan Air Asam.



SUP TULANG ala MAMAK
Bahan-bahan
1 kg tulang
2 s/b minyak makan
3 s/b rempah sup/kurma [bancuh dgn air sikit]
4 biji kentang [belah 4]
1 batang carrot [potong kecil]
1 pokok daun sup dan daun bawang [hiriskan]
1 batang serai [ketuk]
2 biji tomato [belah 4]
garam
bawang goreng
air secukupnya

Bahan tumbuk
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 sm halia
1 s/k lada hitam

Bahan rempah tumis
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
5 kuntum bunga cengkih
2 biji buak pelaga

Cara Memasak
1. Tulang dipotongkan kecil. Basuh dan toskan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumbuk dan rempah tumis.
3. Masukkan rempah sup/kurma, tulang, serai dan kacau rata.
4. Rebuskan sehingga daging di ulang betul-betul lembut.
5. Masukkan kentang, carrot, air dan garam. Biarkan mendideh.
6. Biarkan reneh sehingga kentang dan carrot lembut.
7. Tutup api dan masukkan tomato.
8. Masukkan dalam mangkuk hidangan dan taburkan bawang goreng dan daun sup & daun bawang.



AYAM PERCIK LADA HITAM
Bahan-bahan
1 ekor ayam [belah 4]
2 cawan santan [1 biji kelapa]
1 batang serai [ketuk]
3 keping asam keping
garam

Bahan Mesin
1 s/b lada hitam
5 tangkai ciliapi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5 cm halia
2 cm lengkuas
2 cm kunyit
3 batang serai

Cara Memasak
1. Bersihkan ayam.
2. Masukkkan semua bahan dalam kuali dan biarkan mendideh.
3. Keluarkan ayam dan masukkan dalam loyang.
4. Bakar dalam oven pada suhu 200'C selama 20 minit [gunakan api atas]
5. Masskkan kuah yg lebihan sehinga agak pekat.
6. Bila ayam telah garing boleh hidangkan dengan kuahnya



SIAKAP SWEET SOUR
Bahan-bahan
1 ekor ikan siakap [dibersihkan dan kelarkan]
garam dan kunyit

Bahan untuk sos:
5 ulas bawang merah (dimayang)
3 ulas bawang putih (dimayang)
1 cm halia (dihiris halus)
1/2 cawan sos tomato
3 sudu besar sos cili
2 biji cili merah (dipotong nipis)
1/2 cawan air.
1 biji tomato (belah 6)
1 pokok daun bawang & daun sup (potong pendek)
Garam dan gula secukup rasa
minyak

Cara Memasak
1. Ikan dilumurkan garam dan kunyit. Gorengkan sehingga garing.
Terbalikkan dua2 belah supaya masak rata.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah, baw. putih dan halia.
3. Apabila wangi masukkan sos tomato, sos cili dan air.
4. Masukkan juga cili potong, garam dan gula.
5. Setelah kuat pekat, tuangkan ke atas ikan siakap yang digorengkan tadi.
6. Hiaskan dgn daun sup & bawang dan hidangkan bersama nasi putih dan juga lauk lain.



Sambal Udang & Petai
Bahan-bahan
500 gm udang [buangkan kulit dan bersihkan]
30 biji buah petai
1 labu bawang besar [potong gelang]
½ cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
Minyak
Garam
Gula

Bahan Mesin
20 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan mesin sehingga naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata dn biarkan sehingga naik minyak.
3. Masukkan udang, petai , bawang besar dan garam serta sedikit gula. Masakkan sehingga pekat dengan api kecil.
4. Bila dah nampak pekat boleh tutup api dan masukkan dalam mangkuk hidangan.



SWEET-SOUR KETAM
Bahan-bahan
4 ekor ketam [potong 2 dan bersihkan]
3 s/b minyak masak
3 s/besar sos cili
6 s/b sos tomato
1 cawan air
1 s/k garam
1 s/b gula
1/2 cawan nenas - jika suka [dipotong dadu]
2 biji tomato [dibelah]
1 biji telur [pukul sikit]
1 pokok daun bawang [mayang 1 inci]

Bahan hiris
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga wangi.
2. Masukkan air, sos cili, sos tomato dan ketam. Biarkan mendideh.
3. Masukkan garam dan gula sedikit.
4. Masukkan telur dan kacau sikit. Biarkan mendideh.
5. Masukkan buah tomato dan nenas dan kacau rata.
6. Bila dah nampak pekat masukkan daun bawang dan angkat.
7. Masukkan dalam pinggan besar..



MASAK LEMAK SIPUT SEDUT
Bahan-bahan
Bahan A
1 kg siput sedut [potong belakangnya. .basuh dan toskan]
2 cawan santan cair ]
2 santan pekat ] 1 biji kelapa
1 biji ubi keladi [potong kecil dan rebus...dan toskan]
1 helai daun kunyit [koyakkan]

Bahan Mesin
20 tangkai cili api (ikut pedas)
3 ulas bawang kecil
garam
serbuk kunyit

Cara Memasak
1. Masukkan semua bahan kecuali santan pekat dalam periuk dan didehkan perlahan-laha sehingga mendideh.
2. Masukkan santan pekat dan biarkan mendideh sekali lagi.
3. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih.



SAMBAL SOTONG
Bahan-bahan
1 kg sotong
1 labu bawang besar [mayang/hiriskan]
1/2 cawan jus asam jawa
3 s/b sos tomato
garam
gula minyak

Bahan kisar
20 biji cili kering
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 cm belacan

Cara Memasak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik minyak.
2. Masukkan jus asam jawa dan sos tomato. Kacau rata.
3. Masukkan gula dan garam, dan masakkan sehingga naik minyak dan pekat.
4. Masukkan sotong dan bawang besar. Kacau rata.
5. Biarkan sebentar supaya sotong masak dan bawang agak layu. Tutup api.
6. Hidangkan dengan nasi biasa atau nasi lemak.